Sunday, 31 January 2016

Dari diploma ke degree ; Berapa lama nak tunggu?

Salamun alaik! Alhamdulillah hari ni, saat ni, taipan ni (hahah kata dasar; taip), jantung masih lagi mengepam, mengalirkan darah beroksigen melalui aorta balik ke bahagian jantung, membawa darah dioksida melalui ummm ok tak ingat HAHAH.

ok here2. Sekarang aku tengah tanam buah kat rumah. Buah fikiran -.-'' Habis dah praktikal. Bulan 3 nanti balik semula ke Kampus UITM Pilah untuk presentation. Baru dua minggu kat rumah, berbakul-bakul buah fikiran aku dah kutip. Buah2 ni merangkap lepas ni nak sambung apa, macammana nak gain duit selama cuti ni, bila aku nak gerak buat report, pagi esok nak masak apa as sarapan (hah? tak caya? alah, sarapan je). LOL.

Selama aku membuahkan fikiran kat rumah ni jugaklah aku zoom2 pasal intake degree. Right now application untuk kemasukan degree tgH ongoing, which include UPU, UM, USM and penerapan degree. Sampai sekarang aku tak beli pin num lagi HAHAH. Why? Hmm coz i have several questions, aahmm maybe some of you also might think the same.

Jenuh jugak aku search blog, wassap group kelas, tung tang tung tang pasal kemasukan ni. The main topic was BOLEH KE KITA YANG MASIH AKTIF BELAJAR NI APPLY DEGREE? 

Apa tu pelajar aktif? Means kau ni masih lagi belajar di IPTA, sedang menuntut. Senang cerita, as long as kau belum duduki final exam kau tu (especially yang those in final year, final sem), selagi tu kau masih lagi pelajar aktif. So nah. Walaupun aku officially dah habis praktikal tapi semester 6 aku belum habis sepenuhnya, as presentation nanti bulan 3. Sekarang baru bulan 2. Kalau tgk calender akademik last day for final exam sem ni dlm mid of April nanti. Dalam group wassap kelas pun they all kata benda yang sama. Aku nak call HEA, malas pulak. Bukan apa, serabut aku nanti. Alang2 nanti time presentation aku serbu je HEA, senang. Tanyalah seribu satu soalan. Plus aku nak grab sekali sijil MUET aku, ha kan alang2. Tarikh tutup permohonan UPU, USM and UM pulak awal bulan 4. Cuma penerapan tutup lagi awal sikit dari UPU semua tu. Penerapan ni lain sikit, kau kena apply time kau masih lagi pelajar aktif kat UITM, as nanti kau pakai I-learn time nak apply penerapann tu. So sempat je lagi bulan 3 tu kalau nak apply pun. Timbang tara dulu habis2, survey apa yang patut.

Aku usha dah portal UM. Tapi tak boleh apply, sebab dah mention kat situ they will not consider applications from active students. Bold merah pulak tu tulisannya ha kau! Kena tunggu setahun jugaklah jawabnya kalau nak apply jugak. UM tak payah beli num pin, so FREE!!

Tak payah try hard sangat nak usha tabs tu -.-''



''Permohonan daripada pelajar AKTIF di IPTA tidak akan dipertimbangkan''
Jadi aku pun pergi try usha USM pula. OH, untuk USM, no pin rm40 if im not mistaken. Ok. selongkar punya selongkar, aku tak jumpa pulak they all mention pasal aktif student like UM. Tapi aku still nak tau sama ada they all consider benda ni ke tak. FAQ, manual semua aku selidik. Tup2 aku ternampak '' sila muat naik fail2 berikut ; .....transkrip penuh (tak silap aku).......sijil MUET.....(tak ingat...tak ingat.......).

Laaaaaahhhhh... transkrip penuh pun takde. Sijil MUET apatah lagi..... kuang kuang, ok. Ini semakin menguatkan sense aku untuk tak payah isi dulu permohonan ni. HAHAH. Disebabkan nak tau sangat USM consider ke tak permohonan student aktif, aku pun email laaaah pa lagi... call nanti tak angkat, habis kredit. Tunggu punya tunggu punya tunggu dekat seminggu jugaklah, baru dapat reply.

Ni reply from USM student admission


''Assalamualaikum,
Untuk makluman tuan, bagi program yang mempunyai syarat temu duga, pihak USM perlu menerima salinan keputusan akhir calon yang memohon selewat-lewatnya pertengahan April 2016. Calon boleh mengirim softcopy salinan keputusan melalui emel kepada saya dan kami akan mengemaskini dokumen calon.

Walau bagaimanapun, bagi program yang tidak mempunyai syarat temu duga, calon boleh menghantar salinan keputusan akhir selewat-lewatnya akhir bulan Mei 2016. Sekiranya pihak universiti tidak menerima dokumen yang lengkap seperti yang dinyatakan semasa peringkat pemprosesan borang, permohonan calon akan dianggap tidak lengkap.

Terima kasih.''


STUDENT ADMISSIONS SECTION
ACADEMIC MANAGEMENT DIVISION
TEL NO : 04-6533196

As untuk UPU, aku dah email dah tapi still tak dapat reply sampai sekarang. Soalan aku sama je dengan USM.

Untuk penerapan, aku tak mintak, sebab kos yang aku nak tak available kat UITM. Tapi tulah, aku masih dalam proses memikir heh.

Aku pernah dengar pasal duration dari diploma nak ke degree ni, setahun jugaklah. Tapi maybe depends kot. Sebab aku ada jugak usha blog sorang senior aku ni, dia pun mention satu batch dia gagal UPU, tapi ada pulak kawan aku ni, dia habaq kat aku senior dia pulak kata ada je senior yang sama batch dgn blogger tu dpt UPU. haih entahlah. senang cerita, tunggu jelah UPU reply email aku. KALAU DIA REPLY -.-'' kalau betul kena tunggu setahun memang kena cari kerjalah ceritanya, kalau kena tunggu dalam 6-7 bulan je, ah! Still jugak kan kena cari kerja ayyaiyai!!

Selama kat rumah ni, aku tengah tunggu jugak tawaran kerja daripada supervisor aku time praktikal haritu. Kalau tak lulus, kena bukak jobstreet lah jawabnya HAHAHAHAHH

As promised, herewith attached link to blogger yang aku 'spam' blog dia (hahah) belajar cara nak download nota2 lama aka nota2 sem lepas. Remember! Download selagi kau masih student aktif kat UITM, or else kau takkan boleh log in! KUDOS!


Next entry, aku expose pulak blog senior aku yang aku suka jugak terjah selama mana aku mencari maklumat pasal degree ni. See ya!!


Friday, 29 January 2016

Kertas Lunyai

Alhamdulillah masih bernafas saat menaip entry kali ni. Harini aku malas nak terobek pasal UITM Sungai Buloh (ahahahahahha) sebab tengah ada mood nak bercakap pasal ''kertas lunyai''.Kenapa aku panggil kertas lunyai? Apa tu kertas lunyai? Actually macam ni. Time study kat pilah dulu kan, hah as usual lah students will definitely print out notes from slides lecturer and im that kind of student yang uhmmm u know, i tak boleh pegang kertas as kertas tu akan lunyai and takkan ada seperti rupa yang asal. Why? No bukan sebab aku jadikan notes tu as lapik nasi lemak or so or even lapik kepala time hujan renyai, but, tangan aku pasti gatal2 nak menconteng nota tambahan mcm ranting pokok yang dah hidup 50 juta tahun lepas. Ya u got what i mean? HAHAHHAAH. Lepastu aku bawak kulu kilir, lipat sana sini, last2 kertas tu jadi suku nyawa. Koyak2 sikit mcm kena patuk ayam tapi tulisannya tak pernah pudar tau. And those yg pinjam slides aku untuk copy, aku akan tanya dorang banyak kali '' eh ko boleh baca ke apa aku tulis tu? ''weh slide aku berconteng dah ni mcm hareeeeeem ko boleh paham ke? pening kau nanti! '' HAHAHHAAH
Biarlah walau berpeta2 slide tu dengan tulisan ala doktor tu, katanyaaaaaa... nota tambahan penting kot!! Gila tak nak salin!


 LOL
So naik2 sem je aku pun menjadikan diri as seorang senior yang berhati waja KAHKAH. Ala, derma slides aku kat junior2 yang aku kenal, yelah, kalau nak simpan, satu karung guni pun tak cukup nak simpan kertas2 tu (bayangkan betapa banyaknya pokok kena tebang untuk hasilkan kertas? EH tetiba...but lets think about it bruh....). Itu belum campur longgokan kertas past year untuk latihan final exam and so on tu. Fuh serabut weh tgk bukit2 kertas tu. And nah, bukan aku sorang je buat macam tu, mmg tradisi senior kat mana2 universiti pun untuk derma nota2 and past year to juniors.

Sampailah bila aku dah habis praktikal and berkira2 nak sambung degree dalam kos berkaitan microbiology jugak.....

As i pass through scheme of work untuk course yang aku interested tu (Google sampai dapat, cari kat dlm web rasmi any IPTA like UM). Rupanya berkait jugak dengan apa yang aku belajar time diploma. Ah sudah. Dahlah aku tak save softcopy (notes dalam pendrive), hardcopy dah bagi juniors pulak, dahtu banyak pulak tu yang aku dah lupa!! Ailaaaaaahhh...... =.='' Bukannya apa, apa yang aku belajar time diploma ni base untuk apa yang aku nak further untuk degree ni, for sure lah notes diploma nak kena ada dalam tangan if not nanti terkapai kapai time degree sbb takdanyaaaaaa time degree nanti ada syllabus untuk revise balik details thru details mcm diploma. It will be more advanced nnt time degree!


HAHAHAHA tipulah kalau aku tak cakap menyesal aku bagi semua notes kat junior.... tapikan, bila kita ikhlas membantu, pasti Allah tolong kita balik bilamana kita perlukan pertolongan. Kan? Tak caya? Meh sini aku nak kasi tau....

As time aku tgh praktikal and melepak jap kat PTAR, aku main2 google, terjumpa satu blog yang ajar macammana nak donwload balik nota2 sem lepas through I-learn! And student tu dak2 CSC ahahahahahahaha amacam? GEMPAK GITUUUUU. Dah lama aku cari petua macammana nak download balik nota2 semester lepas. Haaaa tulah, sapa suruh  malaiiiiiiiiih sangat nak save dlm pendrive? Ha kan, PENGAJARAN!

Hmmmmm, lunyai tetap lunyai. Yang penting berguna. Lol. Lagi satu, sediakan backup, masuk dalam pendrive, tak boleh bergantung pada kertas2 lunyai tu semata! Ye aku paham kau mungkin sama species dgn aku, tak suka baca notes dalam laptop kan? KENA JUGAK SAVEEEE!! 

Hopefully entry aku ni takdelah menghalang niat hang menderma harta benda hang terutama 'peta berhantu' hang tu kat junior. Menderma biar ikhlas, In syaa ALLAH, Allah ganti dengan yang lebih baik tau!


Oh lupa. Next entry aku expose mcmmana nak download nota2 sem lepas!

Thursday, 28 January 2016

Practical checked!

Finally after almost 3 months jugaklah aku habis dah practical kat UITM Sungai Buloh. Memang sengaja pun aku mintak practical kat sana bukan sebab dekat dgn Klang, tapi sbb Madam Asyikin yang beriya iya suggest satu kelas apply kat IMMB Sungai Buloh so aku pun try je hahahah dapat pulak! If madam tak suggest, aku tak tau pun rupanya ada wujud UITM Sungai Buloh and also UITM Selayang nih! (guys, sorry dont bash me for not knowing the existence of your campuses!).

So yup, supervisor aku seorang doktor and currently she's a lecturer of microbiology. In the first month aku and kawan2 ( actually aku apply individually but as our supervisor ni mcm rapat lah jugak kan so they all put us together as a team) ditempatkan di CTC (Clinical Training Centre), yang mana aku difahamkan CTC ni tempat student2 medic buat training, hah something liddat. So kat CTC tu ada satu lab namanya CPDRL (Centre for Pathology, Diagnostic and Research Laboratory). CPDRL ni always receives specimen or sample pesakit form CTC itself and also from UITM Selayang. I mean sample like blood, urine and so on. So sv placed kami kat sana, and selama sebulan tu belajarlah kami cara2 streaking, hafal media and so on. Ok tbh mmg agak seronok tahap maksimum lah kan sebab tak merasalah weh peluang cenggini kat Pilah, nak pegang loops pun kena gadoh2 (typical student) but kat sini, ah such a heaven. Dalam CPDRL kami 'berguru' dengan akak2 MLT yang sporting, ibu2 muda, tak lokek pulak tu nak mengajar. Sometimes rasa segan jugak sbb terpaksa menyibuk ganggu they all time tgh bekerja, tanya macam2 soalan but thank God they all layaaaaaaan~~~~ hahahhaha

Banyak jugaklah belajar benda baru selama kat CPDRL. Kalau dulu kat Pilah kau jenis hafal2, muntahkan semua balik kat atas kertas bernama EXAM PAPER/TEST/QUIZ, tapi kat sini secara automatic kau akan terhafal semua yang kau cedok kat Pilah. Like, dulu suka2 je hafal, bila Pseudomonas aeruginosa tumbuh kat atas plate pun tak tau nak beza dgn Candida albicans (typical theory student like me), but kat sini, semua benda jadi hafal!! hahahaha like, oh, sample sputum kena guna 3 types of agar, sebab Haemophilus influenza sangat susah nak grow so we need to use Choc agar ya (whut whut??) banyak banyak banyakkkkk sangatlah belajar benda bagus2!

Aku pernah kena handle sample najis aka tahi. Ok first time kan time tu aku macam oh wada be strong. Apa yang kau nak yek yekkan sangat? Time bukak sample tu aku bayangkan yang itu najis mak ayah aku. i need to know whats the thing inside their wastes so that i could find what make em sick. Langsung. Aku takde rasa nak yek yek ke muntah ke geli ke malah aku rasa pilu. Kesian patient ni, dalam hati aku bermonolog. Tu belum masuk lagi sample sputum, kahak lendir2, kencing and so on. See? Benda2 camni kalau kau just claim you are ok with it (padahal lap muntah kucing pun kau geleman sampai nak termuntah bagai ; i am talking about me), u better dont simply claim yourself, not until you already experienced it. ok? kudos to myself for that. Pengalaman mengajar aku untuk lebih berfikir tahap lapisan langit, erti sebuah kehidupan. 

And aku pernah jugak handle sample urine sorang patient ni. Observation under microscope, nampak benda berenang2, banyak. No, bukan cacing. benda tu spirochete in shape, serious banyak. I was like, hmm... whats that actually? Sampai sekarang aku tak tau benda tu apa but as far as i know patient tu mmg kena infection as dlm urine dia ada microorganism, supposed your urine should be sterile.

Sample HVS (high vaginal swab), common sample for ladies kat CPDRL. Usually bacteria yg di identified kat HVS sample tu is Streptococcus agalactiae. Yup, normal flora on your vagina. But once condition like pH on your vagina berubah, dia akan sebabkan infection. Ada juga sebab2 lain. But advise aku, mana2 yang selalu and kerap pakai pembasuh peribadi tu, maybe boleh kurangkan penggunaan, as solution tu acidic kan. Bayangkan kau guna hari2, pagi petang. Habis berubah condition pH kat private part yang supposed to be in optimal pH. And those yang 24/7 pakai pantyliner non-stop. Sebabnya aku pernah kena rengsa disebabkan pengunaan dua benda ni secara berterusan. Nauzubillah. Right after aku berhenti buat benda2 ni, penderitaan aku berakhir. Haih. Ternyata ada sebab kenapa Allah placed aku under bidang microbiology ni. BELAJAR, BERFIKIR DAN PRAKTIKKAN.

Aku mengharapkan aku dapat sample CNS tapi tak pernah ada kata kak MLT. Paling tragik bila aku kena infection time handle sample. Padahal topeng muka dah pakai. Gloves pun dah pakai. Aku tak pernah miss psl self protection ni. Lagi2 topeng mulut. hahhahahah nasib baik sehari je aku tumbang. Nampak benaaaar immunity system baru nak buat protection. Ah sudah, masuk pulak psl antibody. Ingat2 lupa dah pasal antibody bagai ni.

Paling sedih bila aku terlepas nak handle sample tissue. Ada selaput2 daging gitu. Padahal time tu turn aku untuk hande sample. Ceit.

HIV? yes, ada. Rapid test. Adalah tu machine yang specific untuk handle psl HIV, Hepatitis A and B. Time ni aku tak ambik port sangat, just tolong2 ambik and buang chemical, takde pun tekan2 machine tu sebab nampak complicated =.='

Tak boleh lupa bila aku lupa masukkan maklumat terperinci kat satu machine khas untuk simpan blood. Huish kuang asam. Tiba2 akak MLT tu panggil aku. Ditanya nye apa aku dah buat? Pergh time tu aku dah haaaaaaaaaaa apalah kau buat ni wadaaaaaaaaaa. DUSH mcm kena tumbuk wehhh time tu. Kau bayangkan dah lah itu sample pesakit, dlm machine pulak tu ah cemana kau boleh lupa nak taruk NAMA dia??? Padahal num ID semua kau isi but not the NAME?? KWAHHHH WHUT WHUTTTT??? Thank God akak tu ok je, benda boleh settle (fuh! NASIB BAIK KAU HAH!). Nasib baik jugaklah akak tu perasan yang aku simpan blood sample tu dalam machine, bila aku dah siap2 tekan and blah, dia pun pergi kat machine tu and tgk apa yg aq dah buat. Ah if not, matilah aku nak jawab apa dkt responsible doctor yang datang ke CPDRL setiap hari untuk tgk sample? ''saya lupa taruk nama''? Ah sah2 akak2 MLT tu nnt yang kena point walaupun tu sebenarnya silap aku! (naya)

Btw aku sangat impress dgn akak2 MLT kat CPDRL tu. Hanya dengan sekali pandang dan bau, dia dah boleh detect microbes yang grow atas agar (yah, thats their job specification and of course kena well done) but still, aku impress tau! Doctor diagnose pesakit, ambil sample, hantar je makmal. And next apa? MLT will confirm the diagnosis by handling the samples of the patient through some requirements. Now i know apa itu MLT.

--semua pekerjaan ada relation between one another so never underestimate ya?--