Alhamdulillah masih bernafas saat menaip entry kali ni. Harini aku malas nak terobek pasal UITM Sungai Buloh (ahahahahahha) sebab tengah ada mood nak bercakap pasal ''kertas lunyai''.Kenapa aku panggil kertas lunyai? Apa tu kertas lunyai? Actually macam ni. Time study kat pilah dulu kan, hah as usual lah students will definitely print out notes from slides lecturer and im that kind of student yang uhmmm u know, i tak boleh pegang kertas as kertas tu akan lunyai and takkan ada seperti rupa yang asal. Why? No bukan sebab aku jadikan notes tu as lapik nasi lemak or so or even lapik kepala time hujan renyai, but, tangan aku pasti gatal2 nak menconteng nota tambahan mcm ranting pokok yang dah hidup 50 juta tahun lepas. Ya u got what i mean? HAHAHHAAH. Lepastu aku bawak kulu kilir, lipat sana sini, last2 kertas tu jadi suku nyawa. Koyak2 sikit mcm kena patuk ayam tapi tulisannya tak pernah pudar tau. And those yg pinjam slides aku untuk copy, aku akan tanya dorang banyak kali '' eh ko boleh baca ke apa aku tulis tu? ''weh slide aku berconteng dah ni mcm hareeeeeem ko boleh paham ke? pening kau nanti! '' HAHAHHAAH
Biarlah walau berpeta2 slide tu dengan tulisan ala doktor tu, katanyaaaaaa... nota tambahan penting kot!! Gila tak nak salin!
LOL
So naik2 sem je aku pun menjadikan diri as seorang senior yang berhati waja KAHKAH. Ala, derma slides aku kat junior2 yang aku kenal, yelah, kalau nak simpan, satu karung guni pun tak cukup nak simpan kertas2 tu (bayangkan betapa banyaknya pokok kena tebang untuk hasilkan kertas? EH tetiba...but lets think about it bruh....). Itu belum campur longgokan kertas past year untuk latihan final exam and so on tu. Fuh serabut weh tgk bukit2 kertas tu. And nah, bukan aku sorang je buat macam tu, mmg tradisi senior kat mana2 universiti pun untuk derma nota2 and past year to juniors.
Sampailah bila aku dah habis praktikal and berkira2 nak sambung degree dalam kos berkaitan microbiology jugak.....
As i pass through scheme of work untuk course yang aku interested tu (Google sampai dapat, cari kat dlm web rasmi any IPTA like UM). Rupanya berkait jugak dengan apa yang aku belajar time diploma. Ah sudah. Dahlah aku tak save softcopy (notes dalam pendrive), hardcopy dah bagi juniors pulak, dahtu banyak pulak tu yang aku dah lupa!! Ailaaaaaahhh...... =.='' Bukannya apa, apa yang aku belajar time diploma ni base untuk apa yang aku nak further untuk degree ni, for sure lah notes diploma nak kena ada dalam tangan if not nanti terkapai kapai time degree sbb takdanyaaaaaa time degree nanti ada syllabus untuk revise balik details thru details mcm diploma. It will be more advanced nnt time degree!
HAHAHAHA tipulah kalau aku tak cakap menyesal aku bagi semua notes kat junior.... tapikan, bila kita ikhlas membantu, pasti Allah tolong kita balik bilamana kita perlukan pertolongan. Kan? Tak caya? Meh sini aku nak kasi tau....
As time aku tgh praktikal and melepak jap kat PTAR, aku main2 google, terjumpa satu blog yang ajar macammana nak donwload balik nota2 sem lepas through I-learn! And student tu dak2 CSC ahahahahahahaha amacam? GEMPAK GITUUUUU. Dah lama aku cari petua macammana nak download balik nota2 semester lepas. Haaaa tulah, sapa suruh malaiiiiiiiiih sangat nak save dlm pendrive? Ha kan, PENGAJARAN!
Hmmmmm, lunyai tetap lunyai. Yang penting berguna. Lol. Lagi satu, sediakan backup, masuk dalam pendrive, tak boleh bergantung pada kertas2 lunyai tu semata! Ye aku paham kau mungkin sama species dgn aku, tak suka baca notes dalam laptop kan? KENA JUGAK SAVEEEE!!
Hopefully entry aku ni takdelah menghalang niat hang menderma harta benda hang terutama 'peta berhantu' hang tu kat junior. Menderma biar ikhlas, In syaa ALLAH, Allah ganti dengan yang lebih baik tau!
Oh lupa. Next entry aku expose mcmmana nak download nota2 sem lepas!
No comments:
Post a Comment