Sunday, 31 January 2016

Dari diploma ke degree ; Berapa lama nak tunggu?

Salamun alaik! Alhamdulillah hari ni, saat ni, taipan ni (hahah kata dasar; taip), jantung masih lagi mengepam, mengalirkan darah beroksigen melalui aorta balik ke bahagian jantung, membawa darah dioksida melalui ummm ok tak ingat HAHAH.

ok here2. Sekarang aku tengah tanam buah kat rumah. Buah fikiran -.-'' Habis dah praktikal. Bulan 3 nanti balik semula ke Kampus UITM Pilah untuk presentation. Baru dua minggu kat rumah, berbakul-bakul buah fikiran aku dah kutip. Buah2 ni merangkap lepas ni nak sambung apa, macammana nak gain duit selama cuti ni, bila aku nak gerak buat report, pagi esok nak masak apa as sarapan (hah? tak caya? alah, sarapan je). LOL.

Selama aku membuahkan fikiran kat rumah ni jugaklah aku zoom2 pasal intake degree. Right now application untuk kemasukan degree tgH ongoing, which include UPU, UM, USM and penerapan degree. Sampai sekarang aku tak beli pin num lagi HAHAH. Why? Hmm coz i have several questions, aahmm maybe some of you also might think the same.

Jenuh jugak aku search blog, wassap group kelas, tung tang tung tang pasal kemasukan ni. The main topic was BOLEH KE KITA YANG MASIH AKTIF BELAJAR NI APPLY DEGREE? 

Apa tu pelajar aktif? Means kau ni masih lagi belajar di IPTA, sedang menuntut. Senang cerita, as long as kau belum duduki final exam kau tu (especially yang those in final year, final sem), selagi tu kau masih lagi pelajar aktif. So nah. Walaupun aku officially dah habis praktikal tapi semester 6 aku belum habis sepenuhnya, as presentation nanti bulan 3. Sekarang baru bulan 2. Kalau tgk calender akademik last day for final exam sem ni dlm mid of April nanti. Dalam group wassap kelas pun they all kata benda yang sama. Aku nak call HEA, malas pulak. Bukan apa, serabut aku nanti. Alang2 nanti time presentation aku serbu je HEA, senang. Tanyalah seribu satu soalan. Plus aku nak grab sekali sijil MUET aku, ha kan alang2. Tarikh tutup permohonan UPU, USM and UM pulak awal bulan 4. Cuma penerapan tutup lagi awal sikit dari UPU semua tu. Penerapan ni lain sikit, kau kena apply time kau masih lagi pelajar aktif kat UITM, as nanti kau pakai I-learn time nak apply penerapann tu. So sempat je lagi bulan 3 tu kalau nak apply pun. Timbang tara dulu habis2, survey apa yang patut.

Aku usha dah portal UM. Tapi tak boleh apply, sebab dah mention kat situ they will not consider applications from active students. Bold merah pulak tu tulisannya ha kau! Kena tunggu setahun jugaklah jawabnya kalau nak apply jugak. UM tak payah beli num pin, so FREE!!

Tak payah try hard sangat nak usha tabs tu -.-''



''Permohonan daripada pelajar AKTIF di IPTA tidak akan dipertimbangkan''
Jadi aku pun pergi try usha USM pula. OH, untuk USM, no pin rm40 if im not mistaken. Ok. selongkar punya selongkar, aku tak jumpa pulak they all mention pasal aktif student like UM. Tapi aku still nak tau sama ada they all consider benda ni ke tak. FAQ, manual semua aku selidik. Tup2 aku ternampak '' sila muat naik fail2 berikut ; .....transkrip penuh (tak silap aku).......sijil MUET.....(tak ingat...tak ingat.......).

Laaaaaahhhhh... transkrip penuh pun takde. Sijil MUET apatah lagi..... kuang kuang, ok. Ini semakin menguatkan sense aku untuk tak payah isi dulu permohonan ni. HAHAH. Disebabkan nak tau sangat USM consider ke tak permohonan student aktif, aku pun email laaaah pa lagi... call nanti tak angkat, habis kredit. Tunggu punya tunggu punya tunggu dekat seminggu jugaklah, baru dapat reply.

Ni reply from USM student admission


''Assalamualaikum,
Untuk makluman tuan, bagi program yang mempunyai syarat temu duga, pihak USM perlu menerima salinan keputusan akhir calon yang memohon selewat-lewatnya pertengahan April 2016. Calon boleh mengirim softcopy salinan keputusan melalui emel kepada saya dan kami akan mengemaskini dokumen calon.

Walau bagaimanapun, bagi program yang tidak mempunyai syarat temu duga, calon boleh menghantar salinan keputusan akhir selewat-lewatnya akhir bulan Mei 2016. Sekiranya pihak universiti tidak menerima dokumen yang lengkap seperti yang dinyatakan semasa peringkat pemprosesan borang, permohonan calon akan dianggap tidak lengkap.

Terima kasih.''


STUDENT ADMISSIONS SECTION
ACADEMIC MANAGEMENT DIVISION
TEL NO : 04-6533196

As untuk UPU, aku dah email dah tapi still tak dapat reply sampai sekarang. Soalan aku sama je dengan USM.

Untuk penerapan, aku tak mintak, sebab kos yang aku nak tak available kat UITM. Tapi tulah, aku masih dalam proses memikir heh.

Aku pernah dengar pasal duration dari diploma nak ke degree ni, setahun jugaklah. Tapi maybe depends kot. Sebab aku ada jugak usha blog sorang senior aku ni, dia pun mention satu batch dia gagal UPU, tapi ada pulak kawan aku ni, dia habaq kat aku senior dia pulak kata ada je senior yang sama batch dgn blogger tu dpt UPU. haih entahlah. senang cerita, tunggu jelah UPU reply email aku. KALAU DIA REPLY -.-'' kalau betul kena tunggu setahun memang kena cari kerjalah ceritanya, kalau kena tunggu dalam 6-7 bulan je, ah! Still jugak kan kena cari kerja ayyaiyai!!

Selama kat rumah ni, aku tengah tunggu jugak tawaran kerja daripada supervisor aku time praktikal haritu. Kalau tak lulus, kena bukak jobstreet lah jawabnya HAHAHAHAHH

As promised, herewith attached link to blogger yang aku 'spam' blog dia (hahah) belajar cara nak download nota2 lama aka nota2 sem lepas. Remember! Download selagi kau masih student aktif kat UITM, or else kau takkan boleh log in! KUDOS!


Next entry, aku expose pulak blog senior aku yang aku suka jugak terjah selama mana aku mencari maklumat pasal degree ni. See ya!!


No comments:

Post a Comment